Blogger Backgrounds

Sunday, October 16, 2011

dah la

phewit . trainingkat melaka dah habis . esok , akan bergerak ke UiTM Segamat,Johor . game on 18 october if i'm not mistaken . :P okay , Segamat . nanti kan kedatangan kami dengan bau kasut baru . harhar . eh , aku beli kasut baru tauu ! nak tgk ? eh ,nanti laaaaaaa :P

Wednesday, October 12, 2011

makin lama makin down . .

erghh . macam mana nak mula ? macam mana nak cerita . taktahu macam mana nak mula , macam mana nak cerita . hmm .
aku tak faham kenapa dgn aku ni . mood kekadang okay , kekadang macam tahi ! tahi tau tak tahi
? tahi tu apa ? tahi tuu , taik ! taik !

jujur aku cakap , aku takde nak marahkat sape2 . kat teammate aku ,or teammate bf aku *apahal kau ttbe masuk ni , Labok ? :P hmm . okay , serious . serious .

hmm . aku tak faham kenapa ngn aku nii . serious tak faham . bukan nak cakap aku bagus la , main handball tu . tapi , not bad la . bukan nak bangga diri , okayy . tapi , okay la . boleh tahan la . aku main dari aku darjah 5 . darjah 5 berapa tahun ? 11tahun . sekarang aku 20 tahun . cheit ! terpaksa mengaku dah 20 tahun . bapak gedik ! cuba kira , da berapa tahu aku main ? tapi , sumpah aku cakap . aku dapat rasa yang aku main macam budak sekolah ! bapak loser gila , kann . tah pape la aku ni , kan . mengarut jee . adoi .macam mana nii ? Labokkkkkkkkkkkk. banyak benda nak cerita kat awak . tapi , same2 bz kan . adoi.krdt plak tade .duit pun tade . hah , semua makin lama makin down . DAMN !



Tuesday, October 11, 2011

KARiSMA 2011

ehem , ehem .batuk2 sambil pegang pinggang .
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua . sihat ehh arini ? okay , baik . ALhamdulillah :)* cuba buat dengan intonasi yang paling annoying sekali . mesti dapat pujian dari kawan2 punya .PERCAYALAH ! (sentap)

Hi . Nama saya Nur Farahain Binti Jaafar . kawan2 panggil saya farah . saya pelajar dari UiTM Melaka . Jurusan Diploma Pengajian Perniagaan. Semester 5 , dan insyaALLAH akan grad tahun hadapan .doakan saya dan kawan2 saya juga yaaa :) saya Komander . pangkat saya dalam komander , "Komander Muda". alhamdulillah , muda lagi . baru 20 tahun .

macam tajuk kat atas tuu , Karisma2011 :)

Apa itu Karisma ?Karisma ? Apa benda tuu ? let me Google it for you . eh ,for you ke to you ? *nak speaking skit .baru sudah speaking test MUET plak :P


17 - 24 OKTOBER 2011

Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) merupakan karnival tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UiTM dalam usaha meningkatkan mutu dan kualiti sukan di UiTM. KARiSMA juga merupakan platform utama dalam mencari pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili UiTM ke kejohanan Sukan MASUM dan lain-lain kejohanan samada dalam dan luar negara. KARiSMA 2011 akan mempertandingkan 19 acara yang akan dijalankan di dalam Kampus Segamat dan juga sekitar Johor Bahru. Seramai 4800 atlit dijangkan akan berkumpul di UiTM Kampus Segamat bagi berjuang dalam sukan masing-masing.

*sumber dari UiTM Johor .

okay, haaa . ini la maksud nya karisma tu . lebih kurang macam charismatic leader la.

eh ,tak .... dah termasuk subject organizational behavior (OB) plak .



saya salah seorang dari pemain Bola Baling UiTM . saya tak hebat , tapi boleh la sikit2 . insyaALLAH . ini merupakan satu perbalasan dendaman . Hak ! apa buruk sangat BM aku ni . mana lah SPM dapat A2 je :D

hey Segamat Johor , here we come ! :)
saya datang dengan Fast, Syira (hi captain!) , Atin , Ash , Naddy , Nad , Fama ( aku versi kurus*bapak perasan kau farah! ) , Kakyop , Kak Aza ,Kak Ika , dan Bulan (dia manusia , bukan yang bulan jatuh ke riba *lari topik dah aku ni) .

daN dAN DAN !! boyfriend and the gang .
Abang Labokk! Awww . bapak gedik ! bila masa aku panggil kau abang ni , Labok ? hehe . :)
nak sebut sorang2 , tapi masa mencemburui aku . sebab kejap lagi nak ada training . waaaa
Farah ! jangan mengeluh . nak kurus tak ? NAKKKKKKKKKKKKKKKK. kalau nak , jgn nak banyak bunyik .kang , haaaa . ni makan dia (sambil tunjuk penumbuk dan ditumbuk ke bahu dengan suara pap pap pap )

Wish We Luck ! :)

Come on UiTM MELAKA :) jangan takut ngn pihak lawan. itu semua mind set . mond over matter . ecett ! da masuk komander plakk . Semangat kena kuat . Jiwa kena kental . hati kena kering . lantak pi org nak cakap apa pasal kita . sorang penat , sama2 penat . nak menang kan ? nak menang jangan banyak bunyik . just follow the flow .
dorg tak tahu apa kita rasa . dorg tak tahu macam mana awesome nya team Handball UiTM Melaka . Jyeah !
Boyfriend , kalau awak baca ni . tlg bgtau team awak :) weee .

GOOD LUCK UiTM MELAKA !ALL THE BEST . BORN TO WIN ! JYEAH ! :) *aku cakap utk semua jenis sukan tauu ! bukan handball je tauu . nnt kata diskriminasi plak ? tahu ,diskriminasi tu apa ? tak tahu , Google laa .

okay , dah . sakit jari aku tekan kuat2 space bar ni . nakal ni ! grrr .
BYE . selamat menjalani latihan semua . dan , semoga maju jaya . *Bapak skema habis ayat aku !